Powered By Blogger

Thursday, February 10, 2011

perjuangan alif ba ta


apakah signifikannya agama islam kepada bangsa melayu? islam adalah agama bagi orang melayu. dalam kata lain islam dan melayu tidak dapat di pisahkan. tidak ada bangsa lain di dunia yang mengsosiasikan diri mereka dengan agama yang dianuti. jika kita rujuk dala perlembangaan melaysia agama islam adalah sebahagian daripada takrifan melayu itu sendiri. istilah "masuk melayu" ataupun jadi melayu yang memeluk islam. di utara malaysia pula, stilah 'masuk jawi"(berkhatan) juga bermaksud jadi melayu kerana jawi merujuk kepada melayu.

apapula signifikannya bangsa kepada orang melayu?perlembagaan malaysia mentakrif orang atau bangsa melayu sebagai mereka yang mengamalkan budaya dan adat melayu serta bertutur bahasa melayu. ada dua peribahasa melayu yang menyebut tentang bangsa iaitu bahasa jiwa bangsa danbahasa menunjukkan bangsa. kedua-dua peribahasa ini menunjukkan suatu hubungan yang amat kuat di antara bahasa dan bangsa melayu. seseorang melayu itu dikaitkan dengan bahasanya kerana bahasa adalah semangat jiwa dan roh bagi bangsa melayu.

bagi orang melayu, tanah air ini adalah watan mereka. iaitu bumi yang mereka pijak dan langit yang mereka junjung.suatu ketika dahulu, wilayah ini dikenali sebagai tanah melayu atau semenanjung melayu. namun dalam usaha penyatuan wilayah pada 16 setember 1963 nama itu di tukarkan kepada malaysia. ahli -ahli sejarah merujuk perkataan malaysia kepada satu wilayah melayu, melayu raya, nusantara atau alam melayu.

maka tidak hairanlah mengapa fasal 3 pelembagaan umno dengan jelas menyatakan bahawa umno adalah sebuah parti politik yang berjuang emndukung citi-cita kebangsaan. melayu demi mengekalkan maruah dan memartabatkan bangsa, agama, dan tanah air dengan matlamat seperti yang tersenarai dalam perkara 3.1 sehingga 3.6(halaman 1 hingga 2)yang antaranya ialah menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan islam : memajukan ekonomi rakyat melayu ; menjamin kedudukan bahasa melayu ; menjamin bahasa melayu ; menjamin bahasa kebangsaan ; membangunkan budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan melayu dan mempertahankan hak hak istimewa orang melayu.

sejarah bendera tanah melayu



Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.


Sejarah Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Tuesday, February 8, 2011

melawat banjir di kawasan dun ayer limau



semasa melawat kawasan banjir di dalam dun ayer limau. alhamdulillah keadaan banjir ini tidak mengambil masa yang lama kerana dikawasan lubok china ini telah kami mendapatkan peruntukkan untuk membina sebuah ban banjir. sebelum ini, jika hujan lebat berlaku di lubok china mengambil masa yang lama untuk air banjir surut. dengan adanya ban banjir di kawasan ini sedikit sebanyak membantu penduduk di kawasan ini. alhamdulillah.

Sunday, November 28, 2010

Kemahiran insaniah tingkat kualiti pelajar


SEJAK beberapa tahun lepas, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerapkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar institusi pengajian tinggi melalui kursus yang ditawarkan dengan harapan dapat meningkatkan kualiti mereka sebelum memasuki pasaran kerja. 

Oleh itu, ketika pengajian di universiti semua pelajar dibimbing mengenai tujuh kemahiran insaniah (soft skills) oleh pensyarah masing-masing.


 Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepemimpinan.Tujuan KPT menerapkan kemahiran ini kepada pelajar universiti ialah supaya dapat memberi nilai tambah kepada mereka selain kurikulum yang dipelajari. 

Ini bermakna apabila diterima melanjutkan pengajian ke universiti atau institusi pengajian, pelajar turut didedahkan dengan kemahiran-kemahiran itu dalam tempoh pengajian. 

Kemahiran insaniah menjadi aset penting bagi melahirkan graduan yang mampu bersaing, berkeyakinan, mampu berkomunikasi dengan baik serta boleh menyumbang kepada bakal majikan tempatan dan antarabangsa. 

Kemahiran itu menjadi elemen yang dikenal pasti KPT sebagai amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang kini bersifat global. Tambahan pula, dengan ijazah semata-mata tidak mampu menjamin siswazah mendapat pekerjaan. 
Oleh itu, lepasan universiti mesti memiliki kemahiran itu bagi menepati dan memenuhi kehendak pasaran kerja masa kini. 

Berdasarkan modul pembangunan kemahiran insaniah (2006), ruangan ini akan membincangkan tiga kemahiran itu sebagai panduan kepada para pelajar. 

1. Komunikasi 

Pelajar harus memiliki kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan Inggeris ketika proses pembelajaran di universiti. 
Mereka harus mahir menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan berkeyakinan secara lisan dan tulisan. 

Dalam konteks ini, Jamaludin Badusah (2006) berpendapat mahasiswa perlu didedahkan kepada pengalaman untuk menyuarakan persetujuan, bangkangan atau ada kalanya perlu memujuk dan motivasi. 

Kebolehan pelajar mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas semasa kuliah dan sesi perbincangan dalam tutorial turut diberi penekanan. 

Pelajar juga akan dibimbing supaya pembentangan dapat dibuat secara jelas, penuh yakin dan sesuai dengan tahap pendengar iaitu rakan sekuliah mereka. 

Kemahiran komunikasi yang dipelajari mampu membimbing pelajar dari segi penggunaan teknologi dalam pembentangan, kebolehan berunding dan mencapai persetujuan, berkomunikasi dengan peserta yang berbeza budaya, kemahiran komunikasi interpersonal serta bukan lisan. 

Kemahiran itu sangat penting kepada pelajar kerana apabila berkerja, anda akan sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan pelbagai pihak dalam bidang yang diceburi. 

2. Pemikiran kritis 

Menjadi mahasiswa institusi pengajian tinggi menuntut anda supaya memiliki pemikiran yang kritis agar berbeza dengan pemikiran rakan-rakan di luar kampus. 

Mempelajari kemahiran itu dapat membantu pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif serta berkebolehan aplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. 

Kemahiran itu mendidik pelajar dari segi kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi yang sukar dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi. 

Malah, dengan memiliki pemikiran kritis mampu membantu pelajar meningkatkan kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan sesuatu idea, menganalisis data kajian atau menilai perbincangan. 

Pemikiran kritis juga mengajar pelajar dari segi kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baharu diceburi itu. 

Oleh itu, bakal pekerja seperti anda memerlukan kemahiran ini untuk membantu menyelesaikan masalah serta mencetus idea baru dalam tugas yang dilakukan. 

3. Kerja berpasukan 

Ketika di universiti, pelajar banyak membabitkan diri dengan aktiviti berkumpulan sama ada berbentuk akademik mahupun kokurikulum. 

Lazimnya, bagi memenuhi keperluan kursus pelajar akan diberi tugasan kertas projek atau esei oleh pensyarah yang perlu dilakukan secara berkumpulan. 

Kadang kala ada ahli kumpulan yang ‘curi tulang’ atau menjadi ‘penumpang’ iaitu tidak memberi sumbangan dari segi tenaga dan idea bagi menyelesaikan tugasan itu tetapi namanya mahu dimasukkan. 

Persoalannya, bagaimana mungkin pelajar seperti itu mampu bekerja dan bersaing dalam dunia pekerja di luar sana yang penuh dengan cabaran dan persaingan? 

Kemahiran insaniah turut menekankan elemen kerja berpasukan dalam diri para pelajar universiti. Mereka dibimbing bagaimana untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. 

Kemahiran yang ditekankan kepada pelajar termasuk kebolehan membina hubungan baik dan berinteraksi dengan orang lain di samping mampu bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. 

Selain itu, pelajar dibimbing dalam mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan, dan kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan rakan lain terhadap pelajar. 

Kerja berpasukan perlu diamalkan oleh anda supaya lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan bidang tugas yang diamanahkan kelak. 



sumber..
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

majlis bkhatan yang di anjurkan oleh GB4B paya lebar (28/11/10)

 turut hadir sama timb menteri keselamatan dalam negeri datuk wira abu seman hj yusof merangkap ahli parlimen masjid tanah, melaka
 bersama ajk GB4B masjid tanah dan payar lebar


perasmian di maritim kuala linggi yang di hadiri TYT dan ketua menteri melaka