Powered By Blogger

Thursday, November 11, 2010

melawat kawasan banjir di kg ramuan china besar. dan mencari punca banjir di kawasan tersebut.



        masalah peparitan tersumbat juga adalah satu faktor menyebabkan banjir di kawasan tersebut







                                            banjir ini terut mengakibatkan runtuhan tebing jalan
                                              
inilah punca yang mengakibatkan banjir berlaku kerana laluan airnya yang kecil dan terdapat sampah sarap yang terkumpul





sebentar tadi saya sempat turun ke kg ramuan china besar kerana ada pangilan daripada penduduk terbabit yang menyatakan rumah mereka di tengelami air akibat banjir. lantas saya terus ke kg berkenaan untuk meninjau keadaan banjir yang berlaku kawasan itu. terdapat 4 buah rumah dan kesemuanya penduduk asal di kawasan terbabit.

untuk makluman.

pihak kami telah memohon selama 2 tahun untuk membesarkan laluan air tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

perjuangan alif ba ta.

apakah signifikannya agama islam kepada bangsa melayu? islam adalah agama bagi orang melayu. dalam kata lain islam dan melayu tidak dapat di pisahkan. tidak ada bangsa lain di dunia yang mengsosiasikan diri mereka dengan agama yang dianuti. jika kita rujuk dala perlembangaan melaysia agama islam adalah sebahagian daripada takrifan melayu itu sendiri. istilah "masuk melayu" ataupun jadi melayu yang memeluk islam. di utara malaysia pula, stilah 'masuk jawi"(berkhatan) juga bermaksud jadi melayu kerana jawi merujuk kepada melayu.



apapula signifikannya bangsa kepada orang melayu?perlembagaan malaysia mentakrif orang atau bangsa melayu sebagai mereka yang mengamalkan budaya dan adat melayu serta bertutur bahasa melayu. ada dua peribahasa melayu yang menyebut tentang bangsa iaitu bahasa jiwa bangsa dan bahasa menunjukkan bangsa. kedua-dua peribahasa ini menunjukkan suatu hubungan yang amat kuat di antara bahasa dan bangsa melayu. seseorang melayu itu dikaitkan dengan bahasanya kerana bahasa adalah semangat jiwa dan roh bagi bangsa melayu.



bagi orang melayu, tanah air ini adalah watan mereka. iaitu bumi yang mereka pijak dan langit yang mereka junjung.suatu ketika dahulu, wilayah ini dikenali sebagai tanah melayu atau semenanjung melayu. namun dalam usaha penyatuan wilayah pada 16 setember 1963 nama itu di tukarkan kepada malaysia. ahli -ahli sejarah merujuk perkataan malaysia kepada satu wilayah melayu, melayu raya, nusantara atau alam melayu.



maka tidak hairanlah mengapa fasal 3 pelembagaan umno dengan jelas menyatakan bahawa umno adalah sebuah parti politik yang berjuang emndukung citi-cita kebangsaan. melayu demi mengekalkan maruah dan memartabatkan bangsa, agama, dan tanah air dengan matlamat seperti yang tersenarai dalam perkara 3.1 sehingga 3.6(halaman 1 hingga 2)yang antaranya ialah menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan islam : memajukan ekonomi rakyat melayu ; menjamin kedudukan bahasa melayu ; menjamin bahasa melayu ; menjamin bahasa kebangsaan ; membangunkan budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan melayu dan mempertahankan hak hak istimewa orang melayu.

Tuesday, November 9, 2010

ke rumah pakcik yamam bedol di ayer limau

selepas menziarahi rumah pn hamidah md yusof. kami terus di bawa oleh ahli JKKK ayer limau saudara BUJANG untuk ke rumah pakcik yamam bedol. saya di beritahu oleh JKKK berkenaan pakcik ini menghidap kencing manis dan juga mempunyai penglihatan. pakcik yamam bedol berusia 90tahun sudah tiada kemampuan untuk berjalan seperti biasa. pakcik yamam bedol duduk bersama isteri beserta seorang anaknya. sumber pendapatan isi rumah mereka pula di bawa paras kemiskinan. saya akan cuba membantu pakcik yamam bedol ini untuk mendapatkan bantuan daripada JKM kerana tiada lagi jabatan yang memberikan sumbangan sara hidup kepada pakcik yamam setakat ini.





melawat seorang penduduk di kampung ayer limau kerana menghidap barah payu dara






pagi ini saya berpeluang untuk menjenguk seorang penduduk di jalan haji hassan kg ayer limau masjid tanah melaka. di temani oleh ahli JKKK jalan haji hassan iaitu saudara BUJANG dan juga pegawai kebajikan ADUN ayer limau saudara SYED FAUZI.

pn hamidah md yusof berusia 49 tahun yang merupakan ibu tunggal elah mengalami barah payudara dan menyebabkan payudaranya telah di potong baru-baru ini. dengan itu, sumber pencarian pn hamidah md yusof telah tiada dan menharapkan ehsan dari ibunya. pn hamidah mempunyai 3 orang anak yang berusia 22 tahun hingga 13 tahun. anaknya yang sulong baru selesai menamatkan pengajiannya di UKM banggi. dan 2 lagi anaknya masih menuntut di IPT serta sekolah menengah. semasa saya hadir ke rumah pn hamidah. ibunya sangat mengharap pihak kami dapat membantu mereka untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana jabatan yang sedia menghulurkan bantuan. saya telah mengarahkan pegawai kebajikan ADUN saudara SYED FAUZI mengambil latar belakang keluarga tersebut dan membantu pn hamidah ini untuk mendapatkan dari JKM.

tahniah JKR kerana memasang isyarat persimpangan.






jalan persimpangan 3 kg paya lebar ini sangat kerap berlakunya kemalangan di waktu malam. kerana di jalan ini tiada sebarang lampu. pihak kami (japerun ayer limau) telah memohon kepada majlis pembandaran alor gajah untuk di berikan lampu jalan. setakat ini masih belum ada tindakkan yang di lakukan oleh MPAG. dan di harapkan kepada semua penguna jalanraya ini amnya penduduk kg paya lebar dapat bersabar bagi pihak kami untuk terus memohon lampu jalan dari MPAG.

pandu cermat jiwa selamat ~ ~ ~

menziarahi.adik faezah bte lamde

latar belakang adik faezah lamde.

---> berumur 25 tahun berasal dari kg sungai jernih lubok china. berkahwin baru sahaja setahun ini. adik ini mengalami kemalangan baru-baru ini bersama suaminya. akibat daripada kemalangan itu adik faezah ini mengalami patah tulang belakang yang mengakibatkan lumpuh dari paras dada ke hujung kaki. suaminya pulak mengalami gegaran otak dan mengakibatkan koma selama 10 hari dan lupa ingatan sementara. dan kini suaminya semakin pulih dari kemalangan tersebut. adik ini dahulunya bekerja di kilang panasonic cheng melaka. sejak dari kemalangan dan mengalami kecacatan kekal(lumpuh)adik ini terpaksa duduk di rumah dan hilang dari mencari sumber pendapatan.

adik faezah ini telah memohon bantuan daripada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT untuk menerima sumbangan sara hidup dan semalam(9/11/10) saya berjanji akan membantu adik ini untuk memohon bantuan daripada JKM secepat mungkin.

                                                       bertanyakan sesuatu kepada adik faezah.
                                                               keadaan adik faezah kini
                                                             kasih ayah terhadap anaknya.

Monday, November 8, 2010

POLITIK DALAM ISLAM

Isu Suruhanjaya Antara Agama ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat setiakawan di antara pelbagai kaum dinegara ini. sebenarnya, kepemimpinan Islam sedia mengiktiraf akan kewujudan masyarakat bukan Islam selaras dengan fitrah kejadian manusia bahawa mereka dijadikan Allah SWT dalam keadaan berbilang bangsa, agama, keturunan dan warna kulit. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat ke -13, yang bermaksud :

      "Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada kalangan lelaki  dan perempuan; dan Kami jadikan kamu berbangsa- bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan untuk saling mengenali; sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa."

     Semangat setiakawan itu wajar diterjemahkan menerusi amalan syura dan rundingan yang sememangnya menjadi teras kepada sistem politik Islam. Konsep syura ini mestilah diamalkan dengan penuh ketelitian dan kebijaksanaan serta kefahaman yang mendalam mengenainya supaya keadilan dalam sebuah masyarakat majmuk dimalaysia dapat diwujudkan. Allah SWT membuat perintah ini menerusi firmannya dalam surah Ali Imran, ayat ke-159, yang bermaksud:

      " Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan..."

        Demi kesejahteraan ummah dan masyarakat keseluruhannya, umat Islam dianjurkan supaya menjalankan apa yang diesebutkan sebagai 'urusan' dalam firman tadi, yang merangkumi segala aspek kehidupan. Perkara terpenting dalam konteks ini ialah memahami akan realiti dan hakikat kewujudan pelbagai agama dan kaum, yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Inilah sikap sederhana dan terbuka yang kita amalkan selama ini dalam bidang-bidang ekonomi, budaya, sosial dan politik.

       Dengan kepemimpinan yang diterajuai oleh Islam, negara ini menjadi model pengurusan kehidupan pelbagai etnik dan anutan agama. Semangat perlembagaan Madinah dicerna sebagai landasan pemerintahan yang berteraskan permuafakatan dan persetiaan dalam usaha membina masyarakat majmuk yang bersatu padu. Ia terbit daripada permuafakatan yang diasaskan dan diamalkan oleh kepemimpinan kerajaan sejak dahulu, yang terbukti membawa kepada kesejahteraan rakyatnya.

       Rasulullah membentuk kerajaan Madinah dengan meletakkan penganut agama Islam dan kaum Arab yang bukan Islam serta kaum Yahudi di bawah suatu pemerintahan Islam. Ia ada persamaannya dengan proses yang berlaku di negara ini apabila kemerdekaan dicapai secara muafakat antara rakyat berbilang kaumdan agama. Semangat ini diterjemahkan dalam perlembagaan negara serta dipegang sehingga ke hari ini. Ia membolehkan semua pihak hidup aman damai.

         Pendekatan ini menepati siyasah syar'iyah yang dilaksanakan bagi mengatur kepentingan rakyat dan menguruskan pentadbiran negara. Ini bertepatan dengan kaedah fikah yang menyebut bahawa tindakan pemerintahan dalam mengatur hal ehwal rakyat hendaklah disandarkan kepada maslahah.

         Daripada contoh-contoh ini, terbuktilah bahawa politik adalah suatu kaedah penting bagi membangunkan ummah. Oleh itu, penganut Islam perlu sentiasa berusaha meningkatkan perpaduan ummah yang berasaskan persaudaraan Islam dengan mengetepikan kepentingan peribadi, suku, puak, darjat, perbezaan politik dan sebagainya.

         Perpecahan ummah akan hanya mengundang malapetaka. Umat Islam akan kehilangan nikmat kemakmuran, maruah, kekuatan, pengaruh, dan akhirnya akan meruntuhkan tamadun itu sendiri. Dalam hal ini, Allah SWT memberi amaranNya menerusi surah an-Anfal, ayat ke-46, yang bermaksud:

        "Dan janganlah kamu berpecah- belah, kelak kamu akan lemah dan hilang kekuatan."

         Kepentingan perpaduan umat Islam telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam mengasaskan pembentukan negara Madinah dengan terlebih dahulu mengukuhkan persaudaraan di antara golongan Muhajirin dan Ansar. Perpaduan ini adalah titik tolak kepada penyatuan penduduk Madinah yang berjaya mewujudkan kestabilan politik dan masyarakat yang seterusnya memudahkan pertumbuhan ekonomi.

        Jelaslah bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam. Politik tetap penting untuk kesejahteraan ummah, dan ia juga adalah wadah untuk memastikan kesinambungan kuasa dan pemerintahan umat Islam di samping mengangkat martabat Islam itu sendiri.