Powered By Blogger

Thursday, February 10, 2011

perjuangan alif ba ta


apakah signifikannya agama islam kepada bangsa melayu? islam adalah agama bagi orang melayu. dalam kata lain islam dan melayu tidak dapat di pisahkan. tidak ada bangsa lain di dunia yang mengsosiasikan diri mereka dengan agama yang dianuti. jika kita rujuk dala perlembangaan melaysia agama islam adalah sebahagian daripada takrifan melayu itu sendiri. istilah "masuk melayu" ataupun jadi melayu yang memeluk islam. di utara malaysia pula, stilah 'masuk jawi"(berkhatan) juga bermaksud jadi melayu kerana jawi merujuk kepada melayu.

apapula signifikannya bangsa kepada orang melayu?perlembagaan malaysia mentakrif orang atau bangsa melayu sebagai mereka yang mengamalkan budaya dan adat melayu serta bertutur bahasa melayu. ada dua peribahasa melayu yang menyebut tentang bangsa iaitu bahasa jiwa bangsa danbahasa menunjukkan bangsa. kedua-dua peribahasa ini menunjukkan suatu hubungan yang amat kuat di antara bahasa dan bangsa melayu. seseorang melayu itu dikaitkan dengan bahasanya kerana bahasa adalah semangat jiwa dan roh bagi bangsa melayu.

bagi orang melayu, tanah air ini adalah watan mereka. iaitu bumi yang mereka pijak dan langit yang mereka junjung.suatu ketika dahulu, wilayah ini dikenali sebagai tanah melayu atau semenanjung melayu. namun dalam usaha penyatuan wilayah pada 16 setember 1963 nama itu di tukarkan kepada malaysia. ahli -ahli sejarah merujuk perkataan malaysia kepada satu wilayah melayu, melayu raya, nusantara atau alam melayu.

maka tidak hairanlah mengapa fasal 3 pelembagaan umno dengan jelas menyatakan bahawa umno adalah sebuah parti politik yang berjuang emndukung citi-cita kebangsaan. melayu demi mengekalkan maruah dan memartabatkan bangsa, agama, dan tanah air dengan matlamat seperti yang tersenarai dalam perkara 3.1 sehingga 3.6(halaman 1 hingga 2)yang antaranya ialah menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan islam : memajukan ekonomi rakyat melayu ; menjamin kedudukan bahasa melayu ; menjamin bahasa melayu ; menjamin bahasa kebangsaan ; membangunkan budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan melayu dan mempertahankan hak hak istimewa orang melayu.

sejarah bendera tanah melayu



Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.


Sejarah Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Tuesday, February 8, 2011

melawat banjir di kawasan dun ayer limau



semasa melawat kawasan banjir di dalam dun ayer limau. alhamdulillah keadaan banjir ini tidak mengambil masa yang lama kerana dikawasan lubok china ini telah kami mendapatkan peruntukkan untuk membina sebuah ban banjir. sebelum ini, jika hujan lebat berlaku di lubok china mengambil masa yang lama untuk air banjir surut. dengan adanya ban banjir di kawasan ini sedikit sebanyak membantu penduduk di kawasan ini. alhamdulillah.