Powered By Blogger

Tuesday, November 9, 2010

melawat seorang penduduk di kampung ayer limau kerana menghidap barah payu dara






pagi ini saya berpeluang untuk menjenguk seorang penduduk di jalan haji hassan kg ayer limau masjid tanah melaka. di temani oleh ahli JKKK jalan haji hassan iaitu saudara BUJANG dan juga pegawai kebajikan ADUN ayer limau saudara SYED FAUZI.

pn hamidah md yusof berusia 49 tahun yang merupakan ibu tunggal elah mengalami barah payudara dan menyebabkan payudaranya telah di potong baru-baru ini. dengan itu, sumber pencarian pn hamidah md yusof telah tiada dan menharapkan ehsan dari ibunya. pn hamidah mempunyai 3 orang anak yang berusia 22 tahun hingga 13 tahun. anaknya yang sulong baru selesai menamatkan pengajiannya di UKM banggi. dan 2 lagi anaknya masih menuntut di IPT serta sekolah menengah. semasa saya hadir ke rumah pn hamidah. ibunya sangat mengharap pihak kami dapat membantu mereka untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana jabatan yang sedia menghulurkan bantuan. saya telah mengarahkan pegawai kebajikan ADUN saudara SYED FAUZI mengambil latar belakang keluarga tersebut dan membantu pn hamidah ini untuk mendapatkan dari JKM.

No comments:

Post a Comment