Powered By Blogger

Tuesday, November 2, 2010

maklum balas terhadap laporan akhbar harian metro mengenai "lelaki perah keringat OKU" di dun ayer limau masjid tanah

pada 16 setember 2010 akhbar harian metro telah mengeluarkan artikel yang bertajuk "lelaki perah keringat OKU". di dalam laporan berkenaan, akhbar tersebut telah mengutarakan rungutan daripada seorang peserta projek, mohd suhaimi abdul hajjar,29(pengadu) dari kampung sungai siput, lubok cina yang mendakwa telah terpedaya dengan janji manis individu di sebuah agensi kerajaan daerah awal julai lalu dengan membawa 500 bekas anak bunga kertas dan 500 bekas anak bunga orkid untuk di jaga dalam tempoh masa tertentu. pengadu juga djanjikan akan membayar sebanyak rm600.00 sebagai upah apabila kerja selesai. harapannya berkecai apabila lelaki itu memperdayakannya tanpa membayar sesen pun selepas anak bunga itu di ambil sedangkan pengadu di maklumkan bayaran akan di berikan pada keesokkan harinya kerana diuruskan bahagian kewangan jabatan berkenaan.

PERKARA-PERKARA YG HENDAK DI MALKUMKAN

* terdapat beberapa isu yang dibangkitkan di dalam laporan akhbar berkenaan. isu-isu tersebut adalah seperti berikut.


A    * PIHAK MENGAMBIL KEUNTUNGAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN MUDAH ATAS TITIK PELUH PRANG LAIN

---> pihak akhbar telah melaporkan pada 16 setember 2010 bahawa ibu kepada lelaki kurang upaya, zainab kidam ,60 berkata, dia kesal masih ada pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan mudah atas titik peluh orang lain.


ULASAN

projek pokokbunga di bawah PPE1009 ini merupakan projek  yang di berikan kepada pengadu berkenaan dengan tujuan untuk membantu pengadu menambah pendapatan. pemberian anak-anak pokok bunga kertas dan bunga raya kepada pengadu telah dibuat pada 25 januari 2010. pada 02 julai 2010 anak-anak pokok bungan yang matang telah di ambil dan diberikan semula kemudian di hantar kepada jkkk kg paya lebar. sepanjang tempoh itu, pengadu hanya perlu menjaga dengan membaja dan menyiram anak-anak pokok bunga tersebut setiap hari. selepas proses pengambilan anak-anak pokok bunga tersebut, semua maklumat akan diserahkan kepada bahagian kewangan unit pembangunan pejabat daerah alor gajah(PDAG) untuk proses pembayaran. pembayaran dilakukan melalui sistem SPEKS di mana wang akan di masukkan secara terus ke akaun pengadu. maka, tiada isu disini untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan sepertu yang di dakwa.

2 comments:

  1. tahniah YB, di atas wujudnya blog ini. ini menjadikan Yb up to date dan dapat mengikuti arus kecanggihan teknologi maklumat...
    semoga kita sama2 boleh dapat terus menulis dan menyebarkan maklumat kepada mesyarakat dan sekaligus bantu membantu antara satu sama lain.
    selamat berjuang!!!

    ReplyDelete
  2. jadilah folower saya jika tidak keberatan.

    ReplyDelete