Powered By Blogger

Tuesday, November 2, 2010

bajet 2011 memacu pertumbuhan mapan

MELAKA CATAT BAJET "SURPLUS" 7 TAHUN BERTURUT-TURUT


sejumlah RM 301.71 juta telah di peruntukkan dalam bajet 2011 bagi memacu pertumbuhan lebih mapan ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. bajet 2011 yang di bentangkan oleh ketua menteri melaka iaitu DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM pada persidangan ke-3. penggal ketiga dewan undangan negeri melaka ke 12 di dewan undangan negeri hari ini juga turut memperlihatkan kejayaan kerajaan negeri melaka dalam melaksanakan pengurusan perbelanjaan kewangan serta berhemah sehingga berjaya mengekalkan rekod bajet lebihan(surplus) bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2005.


DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM berkata, kutipan hasil kerajaan negeri pada tahun hadapan di anggarkan sebanyak rm 301.88juta iaitu menurun sebanyak 19.55peratus berbanding rm 375.25juta pada tahun 2010. peruntukkan bajet 2011 itu bagi melaksanakan dua strategi dan langkah-langkah bagi meneruskan kesinambungan melaka sebagai sebuah negeri maju yang berkonsepkan negeri bandar teknologi hijau.

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM memberitahu di dalam dewan rakyat, sebanyak rm70.74juta untuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan (rm95.94juta) pembelian aset(rm2.93juta) pemberian dan kenaan tetap (rm 112.08juta) dan perbelanjaan lain(rm 20.29juta). bagi pembangunan pula, sejumlah rm 101.19 juta di peruntukkan iaitu menampung keperluan infrastruktr sebanyak rm26.53juta ; pertanian berjumlah rm5juta ; perumahan rm10.05juta ; sosial berjumlah rm48.21juta serta pembanggunan masyarakat berjumlah rm 10.95juta.

bajet 2011 menjelaskan juga akan menumpukan kepada dua strategi utama iaitu mentransformasikan pendekatan kerajaan melalui metadologi bidang kebersihan untama negara (NKRA) dan menuju ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan MODEL BARU EKONOMI (MBE) dan ianya akan terus memastikan ekonomi kerajaan negeri melaka akan semakin kukuh berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang semakin positif sekarang.

No comments:

Post a Comment