Powered By Blogger

Tuesday, November 9, 2010

menziarahi.adik faezah bte lamde

latar belakang adik faezah lamde.

---> berumur 25 tahun berasal dari kg sungai jernih lubok china. berkahwin baru sahaja setahun ini. adik ini mengalami kemalangan baru-baru ini bersama suaminya. akibat daripada kemalangan itu adik faezah ini mengalami patah tulang belakang yang mengakibatkan lumpuh dari paras dada ke hujung kaki. suaminya pulak mengalami gegaran otak dan mengakibatkan koma selama 10 hari dan lupa ingatan sementara. dan kini suaminya semakin pulih dari kemalangan tersebut. adik ini dahulunya bekerja di kilang panasonic cheng melaka. sejak dari kemalangan dan mengalami kecacatan kekal(lumpuh)adik ini terpaksa duduk di rumah dan hilang dari mencari sumber pendapatan.

adik faezah ini telah memohon bantuan daripada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT untuk menerima sumbangan sara hidup dan semalam(9/11/10) saya berjanji akan membantu adik ini untuk memohon bantuan daripada JKM secepat mungkin.

                                                       bertanyakan sesuatu kepada adik faezah.
                                                               keadaan adik faezah kini
                                                             kasih ayah terhadap anaknya.

No comments:

Post a Comment