Powered By Blogger

Thursday, November 4, 2010

LAUNGAN HIDUP MELAYU

dalam percubaan penjajah meneruskan penguasaannya ke atas bumi melayu,perpaduan melayu berteraskan semangat nasiolisme melayu di cetuskan hingga membawa kepada penubuhan UMNO di istana besar johor bahru pada 11 mei 1946. parti terulung orang melayu itu lahir atas kemuncak rasa kesatuan bangsa melayu mendapatkan semula hak di tanah air sendiri. ALLAHYARHAM dato' onn jaafar di pilih sebagai yang di pertua pertama untuk memikul amanah memperjuangkan nasib orang bangsa orang melayu. semangat yang beliau cetuskan itu berjaya menghimpungkan dan menyatukan orang melayu yang sama agama bangsa dan budaya: sama ada asal keturunan bugis banjar jawa jambi mandahiling minangkabau acheh atau rawa sebagai sebuah bangsa. penyatuan melayu ini diikat dengan tiang seri kemalayuan kesultanan melayu agama islam adat budaya serta bahasa melayu

empat bulan sebelumnya, sebaik sahaja inggeris dikesan mehu melaksanakan gagasan melayan union, dato' onn jaafar sudah mengerakkan perpaduan melayu untuk mengagalkannya. beliau mengetuai perhimpunan 1.000 orang melayu di masjid jamek batu pahat yang terdiri daripada pelnagai asal dan keturunan. dato' omm menegaskan kepada mereka bahawa mulai saat ini, semuanya adalah melayu kerana mereka datang daripada satu bangsa yang besar. beliau mengigatkan mereka supaya bersatu agar menjadi lebih kuat. seruan itu di sambut dengan penubuhan pergerakkan melayu semenanjung johor(PMSJ)

bermula daripada perhimpunan itu, dato' onn berjaya mencetuskan kebangkitan nasionalisme melayu hingga menjalar ke seluruh pekan dan desa di sekitar batu pahat. lantas orang melayu keluar beramai- ramai berarak dan berhimpun di tapak stadium batu pahat, pada 10 feb 1946 semata mata untuk bergabung suara dan tenaga atas nama melayu bagi menentang malayan union. lebih 15000 orang melayu yang di ketuai oleh dato' onn berhimpun buat julung kalinya secara terbuka menentang gagasan malayan union. maka bermulalah peranan dato' onn sebagai pejuang ke arah kemerdekaan kerana ia adalah gerakkan pertama melibatkan orang melayu secara besar besaran menentang penjajah ingeris. is adalah langkah pertama secara tersusun ke arah mencapai kedaulatan tanah air selepas 450tahun bangsa melayu di jajah.

ketika itulah dato' onn melaungkan hidup melayu ungkapan keramat yang menyatukan orang melayu sejak itu hinggalah sekarang. sesungguhnya laungan hidup melayu bukan sekadar sebuah slogan tetapi adalah battle cry orang melayu untuk kelansungan kehidupan mereka sebegai pewaris sah di bumi sendiri.

beliau mengetuai gerakkan mendesak ingeris mengembalikan hak orang melayu. hampir dua tahun lamanya beliau berhadapan dengan ingeris hingga penjajah akhirnya akur untuk menguburkan malayan union dan mengantikannya dengan persekutuan tanah melayu pada tahun 1948. dato' onn bersetuju dengan syarat ada peruntukkan mengembalikan kuasa raja-raja melayu dan hak keistimewaan orang melayu. maka pada 1 feb 1948 wujudlah kerajaan persekutuan tanah melayu dan tamatlah riwayat malayan union. yang hanya bertahan selama 21bulan. raja -raja melayu pun kembali bertahkta di negeri-negeri melayu dan orang melayu memperolehi hak di tanah air sendiri.


bayangkanlah apa akan berlaku kepada kita semua pada hari ini seandainya malayan union terus di laksanakan di bumi kita ini. sudah pasti kita di perintah terus oleh ingeris sementara kuasa raja-raja akan terus terhakis dan setiap negeri melayu hanya menjadi ahli kepada union tersebut. apabila negeri-negeri melayu tdi pecahkan perintah secara berasingan lantas orang melayu tidak ada hak sebagi rakyat asal di tanah melayu ini.


kisah ini sebenarnya memberikan pengertian yang begitu mendalam  bukan setakat suatu pengkisahan sejarah bahkan lebih penting lagi ialah penghayatan pemikiran yang di tinggalkan dato' onn. barangkali dalam tanggapan kebanyakkan kita lebih-lebih lagi generasi muda. dato' onn telah gagal di dalam perjuangan politiknya. asas tanggapan ini adalah kerana beliau memilih untuk tidak terus memimpin UMNO kerananya tidak pula dapat memimpin negara sebagai perdana menteri sebagaimana pengantinya almarhum tunku abdul rahman putra al-haj.

perjuangan seseorang tokoh politik itu tidak seharusnya di nilai sebagai berjaya hanya apabila dia memegang tampuk kekuasaan negara sedangkan begitu ramai pemimpin melayu muncul silih berganti zaman berzaman. mencurahkan bakti perjuangan dalam sejarah panjang pembentukkan negara yang bebas lagi merdeka ini. dato' onn bukanlah peneraju negara apabila tanah air merdeka pada tahun 1957 tetapi beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa melayu.peninggalan beliau mungkin tidak jelas atau kurang konkrit tidak mewariskann pusaka berupa kebendaan yang dapat di lihat dengan mata kasar. namun warisannya amat berharga dan tidak ternilai kerana beliay meninggalkan idea kepimpinan dan imej perjuanagn yang terus relevan dan menjadi petunjuk kepada generasu demi generasi selepasnya.

sama ada di sedari atau tidak, warisan perjuangan masih menjadi teras dan tettap di perlukan sebagai paksi yang menentukan arah serta hala tuju perjuangan bangsa melayu. walaupun dato' onn dalam sejarah politiknya keluar daripada UMNO serta menubuhkan dua parti lain dan pernah menjadi pembangkang di dalam dewan [erwakilan, tetapi inti perjuangannya terpahat dengan teguh dalam parti UMNO dan perjuangan bangsa melayu. laungan perjuangan hidup melayu yang disuarakannya lebih 60tahun lalu bukanlah sekadar satu slogan sebaliknya sarat dengan isi perjuangan bangsa melayu membela kedudukan raja- raja melayu agama bangsa kebudayaan pendidikan ekonomi serta keistimewaan orang melayu di tamah melayu(malaysia)

No comments:

Post a Comment